Selasa, 5 Februari 2013

keranaNya..

Setiap masa dalam hidup seharian, kita sentiasa membuat keputusan. Sebagai contoh, hari ni nak makan apa,dekat mana dan dengan siapa. Begitu juga dengan perubahan. Dalam kehidupan seharian, pasti kita tidak dapat lari dari perubahan. Setiap saat, pasti ada sahaja perubahan yang berlaku pada diri kita. Sama ada kita perasan akan perubahan itu atau tidak, ALLAH SWT sahaja yang MAHA Mengetahui..

Namun, dalam hati ini ada juga terfikir, berubah kerana keadaan sekeliling, ikut peredaran semasa atau demi kebaikan bersama? Untuk kepuasan diri atau untuk mencapai redhaNya..Bila dah semakin dewasa ni, baru sedar yang perkara ini tidak boleh dipandang ringan..InsyaAllah jika berubah niat semata-mata kerana ALLAH SWT, hati lebih cenderung untuk mencapai nikmat iman dan redhaNya tapi jika perubahan dilakukan untuk kepuasan diri sendiri,ingatlah..ianya tidak akn kekal lama.

" Aku kena berubah, kalau tak putera idaman aku xnak dengan aku lagi..dia nak aku pakai tudung"
" Kalau nak dapat suami soleh, aku kena berubah jadi solehah"

Sering kali saya dengar ungkapan ini, kadang-kadang diri ini pernah juga mengungkapkannya..Astaghfirulah..
Kita berubah semata-mata untuk nampak baik dihadapan manusia, supaya kononnya menjadi seorang yang memahami serta sehati dan sejiwa. Tapi yang lepas itu biarlah..yang penting sekarang kita semua sedar dan betulkan niat kita. 


Jika niat itu semata-mata kerana ALLAH SWT, azam akan tertanam seiring dengan niat, insyaAllah kita dapat berubah. Yakinlah sesuatu niat yang semata-mata dipersembahkan hanya kerana ALLAH, insyaAllah dipermudahkan jalan dan mendapat bantuan dariNya..

Nak buat perubahan ni, mental dan fizikal kena kuat. Mungkin dari penerimaan orang disekeliling kita,keluarga atau sahabat. Namun tempuhilah jalan ini dengan sabar dan tawakkal.

" Jangan sesekali engkau menganggap jalan (perubahan diri menjadi lebih baik) itu mudah, jalan itu dipenuhi dengan sesuatu yang kita benci, banyak halangannya, penuh duri-duri tajam yang bisa membuat kita sakit"..(imam Ibnul Jauzi)

" Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" ( Surah Ar Rad ayat 11)



Jom sama-sama kita membuat perubahan yang lebih baik semata-mata keranaNya. Istiqomah melakukannya untuk berubah. InsyaAllah buat kerana ALLAH akn kekal tetapi jika kerana manusia akan sia-sia dan sementara. Usah risau akan penerimaan manusia kerana mereka sama seperti kita,makhluk ciptaan ALLAH tetapi takutlah padaNya keran DIA pencipta Agung kita.



p/s:  diri ini masih berusaha untuk berubah..tegurlah jika salah..jom sama2 kita usaha capai redha    ALLAH SWT
~ jaga iman
~ jaga maruah
~ ingat mati
wallahualam..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan