Selasa, 5 Februari 2013

keranaNya..

Setiap masa dalam hidup seharian, kita sentiasa membuat keputusan. Sebagai contoh, hari ni nak makan apa,dekat mana dan dengan siapa. Begitu juga dengan perubahan. Dalam kehidupan seharian, pasti kita tidak dapat lari dari perubahan. Setiap saat, pasti ada sahaja perubahan yang berlaku pada diri kita. Sama ada kita perasan akan perubahan itu atau tidak, ALLAH SWT sahaja yang MAHA Mengetahui..

Namun, dalam hati ini ada juga terfikir, berubah kerana keadaan sekeliling, ikut peredaran semasa atau demi kebaikan bersama? Untuk kepuasan diri atau untuk mencapai redhaNya..Bila dah semakin dewasa ni, baru sedar yang perkara ini tidak boleh dipandang ringan..InsyaAllah jika berubah niat semata-mata kerana ALLAH SWT, hati lebih cenderung untuk mencapai nikmat iman dan redhaNya tapi jika perubahan dilakukan untuk kepuasan diri sendiri,ingatlah..ianya tidak akn kekal lama.

" Aku kena berubah, kalau tak putera idaman aku xnak dengan aku lagi..dia nak aku pakai tudung"
" Kalau nak dapat suami soleh, aku kena berubah jadi solehah"

Sering kali saya dengar ungkapan ini, kadang-kadang diri ini pernah juga mengungkapkannya..Astaghfirulah..
Kita berubah semata-mata untuk nampak baik dihadapan manusia, supaya kononnya menjadi seorang yang memahami serta sehati dan sejiwa. Tapi yang lepas itu biarlah..yang penting sekarang kita semua sedar dan betulkan niat kita. 


Jika niat itu semata-mata kerana ALLAH SWT, azam akan tertanam seiring dengan niat, insyaAllah kita dapat berubah. Yakinlah sesuatu niat yang semata-mata dipersembahkan hanya kerana ALLAH, insyaAllah dipermudahkan jalan dan mendapat bantuan dariNya..

Nak buat perubahan ni, mental dan fizikal kena kuat. Mungkin dari penerimaan orang disekeliling kita,keluarga atau sahabat. Namun tempuhilah jalan ini dengan sabar dan tawakkal.

" Jangan sesekali engkau menganggap jalan (perubahan diri menjadi lebih baik) itu mudah, jalan itu dipenuhi dengan sesuatu yang kita benci, banyak halangannya, penuh duri-duri tajam yang bisa membuat kita sakit"..(imam Ibnul Jauzi)

" Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" ( Surah Ar Rad ayat 11)



Jom sama-sama kita membuat perubahan yang lebih baik semata-mata keranaNya. Istiqomah melakukannya untuk berubah. InsyaAllah buat kerana ALLAH akn kekal tetapi jika kerana manusia akan sia-sia dan sementara. Usah risau akan penerimaan manusia kerana mereka sama seperti kita,makhluk ciptaan ALLAH tetapi takutlah padaNya keran DIA pencipta Agung kita.



p/s:  diri ini masih berusaha untuk berubah..tegurlah jika salah..jom sama2 kita usaha capai redha    ALLAH SWT
~ jaga iman
~ jaga maruah
~ ingat mati
wallahualam..




Sabtu, 2 Februari 2013

Alhamdulillah..

Orang cakap perkara yang lepas jangan dikenang. Tapi bagi saya, perkara yang dah berlaku yang banyak mengajar diri ini supaya berubah menjadi lebih baik.


sebulan yang lepas...

Allahhu Akbar..Masa tu saya hanya dengar jeritan kawan-kawan saya. Perkara tu jadi sekelip mata. Kami dapat rasa kereta hilang kawalan dan terbalik. Masa tu dalam hati ingat ALLAH je. Bila kereta dah berhenti terbalik, dalam keadaan separuh sedar, kami cuba untuk keluar dari kereta. Masa tu rasa macam nak pengsan bila tiba-tiba tengok darah menitik-nitik atas tangan ini. Darah yang keluar dari mulut kawanku, Mira. Malang tidak berbau. Dalam perjalanan ke Nenasi,Pekan, ALLAH takdirkan kami kemalangan. Walaupun kereta memang teruk, alhamdulillah kami semua selamat. ALLAH SWT masih bagi kami peluang untuk hidup dan bertaubat kepadaNya.

Kami dihantar ke Hospital Pekan dengan dua buah ambulans. Bila semua dah masuk wad, sementara tunggu doktor, tiba-tiba terlintas kat dalam hati...perkara yang berlaku ni, pasti ada hikmahnya.



ni ha..kereta lps tergolek-golek


Seperti firman ALLAH dalam surah al Baqarah ayat 286:

" ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata) :  "Wahai Tuhan kami! janganlah engkau mengirakan salah jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan kurniakanlah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir."


Ayat diatas menjelaskan sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ALLAH nak ingatkan hambaNya ini supaya menjadi muslimah yang lebih baik serta menjadikan matlamat hidup semata-mata mencari keredhaanNya..InsyaAllah diri ini akan berusaha ke arah itu..Doakan ya..^_^


Jumaat, 1 Februari 2013

dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha penyayang

Assalamualaikum..alhamdulillah..Allah SWT masih memberi nikmat kesihatan dan peluang untuk kita semua hirup oksigen diatas muka bumi ini. Syukur padaNya kerana menggerakkan jemari ini untuk mula mencoret walhal blog ni sudah lama di'create'.. tp tak apalah yang penting harap semangat nak menulis ni konsisten. Alhamdulillah, yang penting diri ini sentiasa kena betulkan niat..semua yang dilakukan adalah keranaNya. Bukan seorang cendekiawan atau pendeta, tp diharap perkongsian disini boleh menjadi manfaat kita bersama. InsyaAllah..^_^